BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 27, 2009

"KEISTIMEWAAN ORANG YANG MEMBACA AL-QURAN"

Assalamualaikum......
Pertama sekali, sy memanjatkan kesyukuran kpd Allah S.W.T kerana telah memberikan masa kepada sy untuk saling ingat-mengingati antara satu sama lain.

Kadang-kadang kita sebagai seorang muslim terlepas pandang untuk membaca Al-Quran. Al-Quran merupakan penyuluh kepada seorang muslim. Di sini saya ingin memberitahu serba sedikit keistimewaan orang yang membaca Al-Quran. Tapi, sebelum itu saya ingin menasihati anda bacalah Al-Quran sehari sekali kerana Al-Quran itu menenangkan jiwa.

Bagi yang tidak reti membaca Al-Quran amatlah rugi kerana membaca Al-Quran dapat meningkatkan amalan dan seterusnya orang yang pandai membaca Al-Quran amat "genius".

Baiklah, di sini saya sertakan serba sedikit keistimewaan orang yang membaca Al-Quran:

1. Di dunia

Mereka sentiasa dengan pembacaan Al-Quran dan mereka adalah manusia yang terpilih, diangkat oleh Allah S.W.T. darjatnya setinggi-tinggi darjat.

2. Peribadinya

Memperolehi ketenangan dengan cahaya Allah S.W.T. dan sentiasa mendengar dan mentaati perintah Allah S.W.T serta meninggalkan setiap yang dilarang daripada Al-Quran dengan hati terbuka.

3. Hatinya

Bersih lagi suci dan tidak berkarat selamanya.

4. Rumahnya

Dilihat oleh penduduk di langit seperti mana penduduk bumi melihat bintang-bintang, rumahnya dipenuhi cahaya yang meliputi keluarganya, banyak kebaikan di dalamnya, para malaikat hadir dan syaitan-syaitan lari keluar dari rumahnya.

5. Pahalanya

Setiap satu huruf bacaanya sama dengan 10 kebaikan (pahala), dikurniakan kepadanya ketenangan, dilimpahi rahmat ke atasnya, dan para malaikat memayunginya. Doanya dimakbulkan ketika tamat bacaanya. Dia diumpamakan seperti buah epal, wangi baunya dan sedap rasanya.

6. Hari kiamat

Al-Quran akan menjadi syafaat untuknya, dia akan bersama-sama para malaikat, diangkat darjatnya ke syurga, peringkat demi peringkat.

Tuesday, October 20, 2009

Dosa perogol dan pembunuh


Soalan ini ditanya oleh seorang remaja kepada ustaznya:-

Adakah dosa-dosa yang menghalang seseorang memasuki syurga? Apa pandangan Islam mengenai perogol dan pembunuh, adakah mereka boleh diselamatkan?

Jawapan ustaz:-

Di dalam surah Az-Zumar: 53, Allah S.W.T. berfirman: "Katakanlah: 'Hai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Semua jenis dosa adalaha diampunkan di dalam Islam sekiranya seseorang benar-benar bertaubat kepada Allah S.W.T. Syarat-syarat taubat adalah:

1. Menginsafi dosa-dosa yang telah dilakukan. 2. Bertekad tidak akan melakukan dosa yang sama lagi. 3. Mengembalikan hak orang lain sekiranya doa yang dilakukan berkaitan dengan orang itu.
Sekiranya yang melakukan perkara dosa tidak bertaubat dan meninggal dunia, maka terpulanglah kepada Allah S.W.T. untuk mengampunkan dosa--dosa orang itu atau menghukumnya. Dosa yang tidak diampunkan Allah jika seseorang itu menunggal dunia tanpa bertaubat ialah dosa syirik atau menyekutukan-Nya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain daripada (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." Perogol dan pembunuh tidak terpinggir daripada rahmat Tuhan sekiranya mereka bertaubat dengan ikhlas dan memenuhi syarat-syarat dia atas. Islam menjanjikan, segala perbuatan jahat yang dilakukan akan digantikan dengan amal kebajikan jika mereka bertaubat dna kembali kepada Allah. Firman-Nya: "Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab ini, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Furqan:68-70).

Friday, October 9, 2009

"SEKSAAN MENINGGALKAN SOLAT"


Assalamualaikum......

Ape khabar semua? Mungkin anda tertanya-tanya mengapa blog saya sejak akhir-akhir ini tidak update?? Sebenarnya saya sungguh sibuk dengan bebanan kerja dan tanggungjawab serta ditambah dengan demam yg berpanjangan. Insyaallah, kali ini saya akan meneruskan penulisan saya walaupun tidak berapa sihat.

Baiklah......

Allah S.W.T berfirman:
Apakah sebabnya kamu masuk neraka? Sahut mereka itu, "Kami tiada solat. Dan tidak pula memberi makan orang miskin. Dan kami telah masuk ke dalam yang batil bersama orang-orang yang masuk ke dalamnya."
(Q.S.Al-Mudatsir:42-45)

Dalam riwayat At-Thabrani, "Siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia kafir nyata."

Rasullullah SAW bersabda:

"Amal yang mula-mula yang ditanyakan pada hamba pada hari Kiamat adalah solatnya. Jika solatnya baik, sungguh beruntung dan selamatlah dia. Jika solatnya tidak dijaga, sungguh rugilah dia."

"Maka celakalah (seksalah) bagi orang tersebut kerana mereka itu lalai menjaga sembahyangnya."

Jadi sahabat-sahabatku sekalian.......Ape tunggu lagi????

Jadi teruskan amalan anda supaya hidup kita diredhai-Nya......

Insyaalllah.....Moga kita semua tergolong dalam umat yang sentiasa mendapat rahmat-Nya.....

Friday, September 11, 2009

"BERBUKA PUASA DI LUAR KAMPUS"

BERBUKA: GROUP 4 DAN LECTURER


Pada hari Selasa bersamaan 8.9.09 aku, sahabat2ku....serta lecturerku pergi berbuka puasa di luar kampus. Semua group 4 brbuka puasa brsame2....Sebelum bertolak, Ya Allah.....agak2 sejam jgakla aku dan sahabatku iaitu Din dan Syah yg tgh trnanga krna lapar utk tunggu sebuah lg kereta sahabatku yg lain. Fuh....pnyela pnat brcampur laparla katekan.......Kami berbuka di sebuah restoran Seafood terletak di simpang nk ke Puncak Alam atau jln nk pergi Shah Alam.....Tepat jam 6.40 kami brtolak dari stesen minyak Petronas menuju ke destinasi......Aku kate dlm hati...."hai, mujur grak 6.40...., klau grak pukul 7 alamatnye aku, Din dan Syah bukak pose kt Petronasla nmpaknye......


Akhirnye dlm pkol 7.15 kami sampai jua.




3 Gambar diatas adalah geng kitorang...HEhehe...Sorang bwk MyVi n Sorang lg bwk Satria Emo..


Smpai saje di sane...aku ajak diorg brgambar....."Woi, mehla brgambar..."Diorg pn ape lg tnpa sgan silunye.....Diorg posing mcm model la plak....Hahahaa.....


Selepas kiteorg brgambar, masing2 mngambil tmpat duduk utk menunggu wktu berbuka.....


Masing2 mengambil tmpat.....



Gambar diambil blah kiri.....



Gambar diambil blah kanan....Ha....ade gmbar lecturer skali.....



Masing2 boring....Hahaha.....Tulah korang lain kali dok ngan semeja aku, Arif, Din n Syah bru tak boring.....Korang glak besar pnye klau dok ngan kitorg......

Wow.....fahmi ngan slambenye agaknye tgh boring kot.....Hahaha....Ayie plak snyum2 kambing ngan sape tu???



Wow....aku, shareeza n lecturer with her son.....Dh knyang agaknye??Ke buat2 knyang....



Inilah menu2 yg dihidangkn....antaranya ialah siakap 3 rasa, sotong goreng, sup tomyam dan sayur kangkung.....Alhamdulillah....knyang jgak aku mkn....Smpai kepala ikan aku mencekik....Hahaha....



Truskan usahamu sahabat....Habiskan je lauk tu....Lg pn xde sape nk abiskn.....



Yeah....ini dia tgh posing brsama arip yg sdang enak menikmati juadah brbuka....


Alhamdulillah....selesai kami semua mencekik kami pn ape lg, cuba teka??.......................................
Kami pn brgambarla.....brsame2......



Brgambar dlu sebelum balik......



Nk menyorok mane arip n syareeza tuh...???Aku dh nmpk.....





My lecturer n my members group 4....4ever in life.......


Penulis brsame2 brgambar......



Alhamdulillah.....setelah selesai berbuka dan bergambar. Kami pn mahu bransur pulih ke UNISEL.....Best jgak dpt berbuka puasa beramai2......Dpt mengeratkan silaturrahim sesama group, di samping boleh mengenali dgn lbih rapat.....INSYALLAH.......Mga Ramadhan kali ini diberkati oleh Allah di samping amalan dijaga.......



Penulis brgambar di restoran.....Wei mne sume org....??Tggalkn aku sorang2 kt restoran ker...??
Xlah.......
































Monday, August 31, 2009

Balasan Pukul Junior (Iktibar Kpd Pelajar Asrama)

Gambar:Sekadar Hiasan

Arman, pelajar sekolah agama, meringkuk

di dalam penjara sejak usia 17 tahun kerana memukul mati seorang pelajar tingkatan tiga.

ARMAN, berusia 22 tahun, berbadan kecil serta berkulit hitam manis. Sebelum ini, dia ialah pelajar sebuah sekolah agama di selatan tanah air.

Ibu bapanya menghantar Arman ke sekolah itu dengan harapan dia mendapat pendidikan dunia dan akhirat yang seimbang.

Namun, satu kesilapan hampir memusnahkan hidup Arman.

Tindakannya memukul seorang pelajar junior tingkatan tiga di asrama sekolah menyebabkan dia meringkuk di dalam penjara seawal umur 17 tahun.

Sewaktu ditemui di Penjara Kajang, Selangor, Arman tenang dan bersahaja. Perbualan selama hampir sejam itu berlalu serius. Walaupun adakalanya penulis bergurau, tiada reaksi senyuman daripada Arman.

Mengimbas kembali pengalaman lalu, Arman menceritakan: “Pada masa itu, pelajar baru tingkatan tiga mendaftar ke sekolah. Seperti biasa, pelajar junior akan memasuki ‘sesi buli’ oleh pelajar senior.

“Biasanya mereka akan diminta membelikan makanan dan peralatan sekolah, serta membasuh pakaian dan menggosok baju kami.

“Ia bukannya berniat jahat sebaliknya supaya kami lebih mengenali antara satu sama lain bila tamat minggu orientasi tersebut,” kata Arman.

Malangnya, satu insiden di asrama sekolah telah mengubah 360 darjah kehidupannya.

“Ada seorang pelajar junior bernama Lukman. Sejak dia masuk dan tinggal bersama di bilik asrama, sikapnya tidak menyenangkan pelajar-pelajar senior.

“Degil dan keras kepala. Dia berlagak mengalahkan seorang senior dan tidak ikut cakap. Malah dia sering ponteng kelas persediaan malam.

“Pada satu hari, kami pesan lagi supaya dia pergi ke kelas malam untuk belajar namun dia tetap berdegil. Cuma kali ini dia menghambur kata-kata kesat hingga membangkitkan kemarahan kami.

“Saya bersama tujuh rakan lain yang tidak dapat menahan sabar terus memukulnya. Oleh sebab dia tidak berhenti memaki, kami memukulnya secara berterusan,” cerita Arman.

Pukul dengan batang penyapu

Selepas teruk dipukul, Lukman pengsan. Semasa warden asrama sampai, Lukman sudah tidak bernafas. Arman dan pembuli lain sangat terkejut sekali. Lukman disahkan meninggal dunia selepas tiba di hospital.

Arman lebih-lebih lagi tergamam. Semasa dibawa ke balai polis, perasaan Arman hanya Allah yang tahu.

Ibu bapa Arman begitu sedih kerana menyangka anak mereka masuk ke sekolah agama untuk menuntut ilmu sebaliknya menjadi seorang pembunuh.

“Saya tidak menyangka peristiwa itu sebegitu buruk. Tetapi sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Perkara itu sudah berlaku, saya tidak boleh memutar semula jarum jam ke belakang,” kesal Arman.

Berdasarkan keterangan saksi, Arman dan rakan-rakannya memukul Lukman menggunakan batang besi dan penyapu.

Mangsa juga ditendang manakala kepalanya dipijak. Lukman disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala dan perut.

Setelah turun naik mahkamah, Arman dan rakan-rakannya dihukum penjara selama diperkenankan Sultan kerana mereka masih di bawah umur semasa melakukan jenayah itu.

Pada mulanya Arman ditempatkan di Penjara Sungai Buloh sebelum dipindahkan ke Penjara Kajang.

Kali pertama memasuki penjara merupakan pengalaman yang amat menakutkan Arman.

“Saya tidak pernah masuk penjara. Bayangkan umur masih 17 tahun tetapi sudah menghuni bilik berjeriji besi yang terpisah terus daripada dunia luar.

“Macam-macam perasaan bermain di fikiran. Takut, sedih dan geram, semuanya bercampur. Tiga malam saya tidak dapat tidur kerana mengenangkan nasib.

“Tapi lama-kelamaan saya dapat terima kehidupan di sini. Kalau difikirkan sangat, boleh jadi gila. Cuma di sini kita perlu menghormati orang lain,” ujarnya.

Minta ampun

Arman menambah: “Saya juga tidak menyangka akan tinggal di sini.

“Rakan sekolah yang lain mungkin telah melanjutkan pelajaran, berkeluarga atau sedang meniti hidup dengan bahagia,” katanya yang berharap akan dibebaskan segera.

Kini, Arman banyak menghabiskan masa di penjara dengan mengulang kaji pelajaran serta melakukan aktiviti riadah.

“Saya juga lebih ingat kepada Allah,” katanya yang sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam bidang perniagaan dengan kerjasama pihak penjara dan sebuah universiti swasta.

“Bezanya, pensyarah datang ke sini untuk mengajar dan saya perlu menyiapkan tugasan yang diberikan,” tambahnya.

Menjadi banduan bukan penamat kehidupan. Kesilapan lalu mengajar Arman erti penyesalan. Kekuatan diri dan semangat menjadi sandaran utamanya.

“Sekiranya saya dibebaskan kelak saya ingin meminta maaf kepada keluarga Lukman kerana mereka telah kehilangan anak akibat perbuatan saya dan rakan-rakan.

“Saya menyesal mereka kehilangan anak yang sangat mereka harapkan,” kata Arman jujur

Wednesday, August 19, 2009

KENANGAN WAKTU SEKOLAH

Gambar Kenangan. Duduk dari kiri: Is, Aku(Harry), Faizal, Rahmat.
Berdiri dari kiri: Basit dan Palie.


Apa khabar sahabat-sahabatku yang sedang belajar sekarang ini.....??Agaknya mereka tengah buat apa sekarang ni...??Terngiang-ngiang soalan ini di telingaku setiap kali aku keseorangan di dalam bilik. Sudah 2 tahun aku meninggalkan alam persekolahan dan tidak berjumpa dengan mereka.


Almaklumlah.......tempat tinggal aku dengan sahabatku yang lain jauh-jauh belaka. Baru 5 minit yang lepas aku baru menelefon sahabatku yang sedang menuntut ilmu di salah sebuah kolej di Perak. Dulu kami satu sekolah yang sama serta mempunyai tanggungjawab yang diberikan oleh sekolah kepada kami.


Kadang-kadang pengalaman yang lalu mengingatkan kita kembali......suka dan duka, susah dan senang, tolong-menolong antara satu sama yang lain. Sewaktu di sekolah dulu, aku dilantik oleh pihak sekolah sebagai Ketua Asrama Putra sesi 2007. Sahabatku yang bernama Rahmat dilantik sebagai Ketua Pengawas. Beliaulah yang banyak membantuku untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sewaktu di asrama dulu.


Mula-mula aku dilantik sebagai Ketua Asrama oleh pihak sekolah, aku terasa amat berat untuk menerimanya. Yelah.....tak biasalah katakan. Masakan kita kena membahagikan masa antara kepimpinan dan pelajaran. Lagi-lagi untuk menjaga seramai 500 orang pelajar asrama putra bagiku agak berat. Akhirnya aku terima dengan hati yang terbuka untuk membantu sekolah menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah dan asrama walaupun pada mulanya aku tidak mahu menerimanya. Mungkin ini ujian daripada Allah bagiku samada aku boleh menjadi pemimpin atau tidak.


Setelah aku menerima jawatan tersebut, akhirnya aku berjaya juga memimpin pelajar-pelajar yang lain. Alhamdulillah, sewaktu aku memimpin pelajar-pelajar sekolahku mereka semua mendengar arahanku serta menghormatiku sebagai pemimpin, senior, dan sebagai abang. Walaupun ada sesetengah mereka yang degil, aku mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka. Almaklumlah, kepala orang lain-lain. Ada yang degil dan ada yang baik.


Sewaktu aku menjadi Ketua Asrama, Rahmatlah yang banyak membantuku dari segi arahan dan tugasan. Kami berdua saling tolong-menolong. Yelah, sewaktu di asrama dia sering membantuku dan sewaktu di sekolah aku pula yang membantunya. Malahan aku memegang jawatan sebagai pengawas sekolah juga. Ada juga sahabat-sahabatku yang lain membantuku seperti Basit, dan Faizal. Tetapi yang paling banyak membantuku untuk memimpin adalah Rahmat.



Setelah aku tamat persekolahan, cikgu-cikgu banyak yang mengucapkan terima kasih kepada kerana menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Paling aku tak boleh lupa ialah ustaz Hafiz, beliau juga warden asrama ketika itu. Dia berkata kepadaku dia suka bekerjasama dengan aku memimpin pelajar asrama. Ayat dia macam ni "Fikri, saya sukalah berkerja dengan awak. Awak bagus."


Saya agak terkejut juga warden asrama berkata begitu kepadaku, masakan aku tidak berpengalaman menjadi pemimpin sebelum ini. Akhirnya aku tersenyum lebar dan teringat dalam ayat Quran mengatakan Allah mencipta manusia di muka bumi ini untuk memimpin serta bertanggungjawab di atas kepimpinannya.


Sekolah Agama Maahad Al-Ummah yang banyak mematangkan aku menjadi insan sejati serta menjadi pemimpin yang berwibawa. Aku terhutang budi kepada sekolahku. Kita diciptakan oleh Allah untuk memimpin dan sebagai lelaki aku rasa bagus juga aku dilantik kerana itu merupakan asas kepada diri kita nanti untuk berbakti kepada masyarakat serta menjadi ketua keluarga suatu hari nanti. INSYAALLAH!!!!


Sewaktu menjadi Ketua Asrama banyak pengalaman yang dilalui olehku seperti menjaga budak histeria, diikuti oleh makhluk halus, serta menjalankan aktiviti-aktiviti dikalangan pelajar asrama. Semua perkara tersebut bagiku sudah menjadi asam garam bagiku di alam dunia ini. Menjadi imam kepada sahabat-sahabat serta juniorku serta memberi kuliah kepada mereka merupakan tanggungjawabku sebagai seorang pemimpin dan muslim. Moga-moga hidup kita diberkati olehnya. INSYAALLAH!!!


Sekarang aku sudah memasuki alam Universiti. Kadang-kadang ada juga sahabat-sahabatku serta juniorku yang menyatakan rindu kepadaku. Yelah, dah lama tak melawat ke sekolah katakan. Faktor jarak dan masa yang memisahkan aku untuk bertemu mereka. Harap-harap nanti dapatlah jumpa mereka.


Nasihatku kepada sahabat-sahabat yang melawati blog ini ialah belum cuba belum tahu. Try dulu. Perkara-perkara ini semua mematangkan kita apabila kita besar nanti. Ia penting apabila kita hidup bermasyarakat kelak. Lagi satu jangan rasa takut dalam diri, paling penting ingat Maha Pencipa. Apapun "try your best." Jangan tinggal solat ye........

Tuesday, August 18, 2009

Di Ambang Ramadhan

Persediaan yang pelu dilakukan untuk menyambut kehadiran Ramadhan:

Pertama: Membuat persediaan dari sudut ilmu. Kita perlu faham tentang selok belok hukum puasa, syarat-syarat sah dan batal puasa dan amalan-amalan yang dituntut dalam bulan Ramadhan seperti membaca al-Quran, adab-adab beritikaf dalam masjid, qiyamullail, sedekah dan lain-lain ibadah. Pemahaman yang jelas tentang puasa akan memberi kesan yang mendalam kepada diri seseorang.

Kedua: Mulai sekarang kita hendaklah membuat persediaan mental dan rohani untuk menghadapi suasana Ramadhan yang secara intensif melatih umat-Nya mendekati Allah dan membentuk akhlak yang mulia.

Ketiga: Membuat persediaan dari segi fizikal atau tubuh badan bagi memastikan tahap kesihatan yang baik. Kesithatan yang baik akan menentukan kita boleh melaksanakan ibadah dengan sempurna. Oleh itu pastikan kualiti dan mutu makanan itu berzat, makan secara sederhana, persekitaran rumah yang bersih dan tidur yang cukup.

Keempat: Kita perlu berjumat cermat dan amalan ini akan membolehkan kita melaksanakan zakat dan memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukannya.

Kelima: Ibu bapa bertanggungjawab membimbing dan menentukan ahli keluarga membuat persiapan teliti serta mewujudkan suasana keimanan seperti berjemaah solat fardu dan berjemaah tarawih di rumah atau di masjid.

Monday, August 17, 2009

Luahan Hati Sem 5


Pada malam yang syahdu ini aku terasa ingin menulis sesuatu yang tersirat di hatiku. Terdetik di hatiku pada malam ini bahawa diri ini bertambah dewasa dan tidak lama lagi akan berumah tangga. INSYAALLAH!!! Tapi masih terlalu awal memikirkannya.

Apa yang penting sekarang ini, aku sudah berada di dalam semester 5. Alhamdulillah buat masa ni tiada subjek yang aku kene repeat. Sume pointer aku dari sem 1 hingga sekarang masih kekal atas 3 walaupun hatiku berkata tidak seberapa bagus seperti sahabatku yang lain.

Tp pesan mak aku, bersyukur apa yang kita dapat. Bahkan ada yang lebih teruk daripada aku. Bilaku fikir sejenak, betul juga apa yang diperkatakan mak aku. Ada lagi sahabatku yang lagi teruk daripada aku.

Aku juga teringat akan jiran sederet rumahku. Mak dan ayahnya hantar anaknya belajar di politeknik tetapi rupa-rupanya dia lari dari tempat belajar dan duduk di rumah sepupunya. Adakah mereka tidak ingin membalas jasa ibu bapa mereka?? Adakah mereka tidak mahu hidup yang sempurna apabila berumah tangga kelak?? Agaknya ke manakah pergi akal fikiran mereka kan??

Sahabat-sahabatku yang lain ada yang sudah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mereka semua hebat-hebat belaka. Kadang-kadang hati ini terasa terkilan juga dengan diri ini kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara bersama teman-teman yang lain. Tapi apakan daya, kita hanya mampu belajar di dalam negara sahaja disebabkan tahap kepandaian kita tidaklah sehebat mana.

Aku teringat akan pesan ayahku, belajar rajin-rajin. Kalau boleh abah nak hakim belajar kat luar negara (London) suatu hari nanti. Tapi hati aku sedih bercampur duka kerana adakah aku mampu untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara sedangkan pelajaranku tidaklah sehebat mana.

Mulai saat ini akanku tekadkan dalam diriku ini bahawa jika temanku yang lain boleh mengapa aku tidak boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mak dan abah akanku cuba sedaya upaya dalam diriku untuk berjaya. INSYAALLAH!!!

Kadang-kadang setiap malam aku duduk di hampar sejadah sambil menitiskan air mata bahawa kita dicipta oleh Allah S.W.T untuk berjuang ke titisan darah terakhir. Bila difikirkan sejenak, buat apa kita nak berputus asa sedangkan hidup kita ini hanya sebentar. Teruskanlah usahamu sampai ke liang lahad.


Ya Allah!! Kenapa ramai sangat manusia di dunia ini yang cepat berputus asa sedangkan mereka juga boleh lakukan yang terbaik kepada diri mereka?? Banyak temanku yang lain sudah berputus asa dengan diri mereka serta tidak memikirkan apa yang terbaik untuk diri mereka.

Sunday, August 16, 2009

Dunia Akhir Zaman (Wanita)

Di dalam hidup saya ada satu perkara yang merunsingkan saya. Iaitu masalah sosial yang melanda umat Islam di Malaysia. Saya dapat melihat di sini bahawa banyak perempuan yang telah rosak serta manusia yang beragama Islam sendiri yang melakukan maksiat.


Bagaimanakah cara untuk mencegah serta mengubati mereka yang telah terjebak dengan gejala sosial ini. Aku runsing melihat saudara seIslamku melakukuan maksiat di sana sini. Aku merupakan seorang penuntut di salah sebuah universiti. Aku melihat mereka duduk berdua-duaan di tempat gelap serta berjalan berpengangan tangan tanpa ada perasaan malu pun.


Di manakah sifat malu di dalam di mereka. Bila disuruh kehadapan mereka malu.Disuruh untuk membentangkan kertas kerja.Malu!!! Tetapi bila melakukan maksiat mereka tidak tahu malu. Malah perempuan sekarang tidak tahu asal usul mereka sebenarnya.


Sewaktu zaman Jahilliyah perempuan merupakan alat pemuas nafsu lelaki serta dijadikan barang permainan. Tetapi dengan adanya kelahiran Nabi Muhammad S.W.T perempuan telah dinaikkan darjat supaya mereka lebih dihormati oleh kaum lelaki.


Adakah mereka tidak tahu sejarah? Atau adakah mereka tahu kisah tersebut tetapi mereka tidak ambil kisah? Di manakah hati dan perasaan seorang perempuan? Adakah mereka telah lupa diri? Sekarang ini susah untuk mencari wanita seperti Siti Fatimah, Aisyah, Siti Khadijah dan lain-lain. Mereka inillah yang telah membuat perubahan pada dunia wanita. Ya Allah!!! Bantulah hambamu ini untuk mencari perempuan yang benar-benar patuh padaMu ya Allah!!!


Sekadar perkongsian dari penulis.......
Sama-samalah kita menjaga diri kita supaya hidup diberkati serta diredhai oleh Allah S.W.T
Amin.......

KEMBALI KE DUNIA BARUKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberi kekuatan untuk mencipta blog saya sendiri. Alhamdulillah, untuk pengetahuan anda semua saya baru masuk Universiti sem 5.

Walaupun kadang-kadang hati ini berasa takut untuk kembali ke Universiti disebabkan oleh penularan wabak H1N1.

Masa ini umpama kilat, saya berasa sangat sekejap belajar di Universiti, tahu-tahu tahun depan saya nak praktikal dan tamat pengajian.

Tak sabar rasanya untuk tamat pengajian untuk menempuh alam pekerjaan.

Alhamdulillah, pointerku masih diatas 3 walaupun aku risau akan pointerku yang tidak seberapa hebat seperti temanku.

Aku berazam untuk sem ke 5 ni utk mendapat all A's in my final exam, INSYAALLAH.