Berdiri dari kiri: Basit dan Palie.
Apa khabar sahabat-sahabatku yang sedang belajar sekarang ini.....??Agaknya mereka tengah buat apa sekarang ni...??Terngiang-ngiang soalan ini di telingaku setiap kali aku keseorangan di dalam bilik. Sudah 2 tahun aku meninggalkan alam persekolahan dan tidak berjumpa dengan mereka.
Almaklumlah.......tempat tinggal aku dengan sahabatku yang lain jauh-jauh belaka. Baru 5 minit yang lepas aku baru menelefon sahabatku yang sedang menuntut ilmu di salah sebuah kolej di Perak. Dulu kami satu sekolah yang sama serta mempunyai tanggungjawab yang diberikan oleh sekolah kepada kami.
Kadang-kadang pengalaman yang lalu mengingatkan kita kembali......suka dan duka, susah dan senang, tolong-menolong antara satu sama yang lain. Sewaktu di sekolah dulu, aku dilantik oleh pihak sekolah sebagai Ketua Asrama Putra sesi 2007. Sahabatku yang bernama Rahmat dilantik sebagai Ketua Pengawas. Beliaulah yang banyak membantuku untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sewaktu di asrama dulu.
Mula-mula aku dilantik sebagai Ketua Asrama oleh pihak sekolah, aku terasa amat berat untuk menerimanya. Yelah.....tak biasalah katakan. Masakan kita kena membahagikan masa antara kepimpinan dan pelajaran. Lagi-lagi untuk menjaga seramai 500 orang pelajar asrama putra bagiku agak berat. Akhirnya aku terima dengan hati yang terbuka untuk membantu sekolah menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah dan asrama walaupun pada mulanya aku tidak mahu menerimanya. Mungkin ini ujian daripada Allah bagiku samada aku boleh menjadi pemimpin atau tidak.
Setelah aku menerima jawatan tersebut, akhirnya aku berjaya juga memimpin pelajar-pelajar yang lain. Alhamdulillah, sewaktu aku memimpin pelajar-pelajar sekolahku mereka semua mendengar arahanku serta menghormatiku sebagai pemimpin, senior, dan sebagai abang. Walaupun ada sesetengah mereka yang degil, aku mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka. Almaklumlah, kepala orang lain-lain. Ada yang degil dan ada yang baik.
Sewaktu aku menjadi Ketua Asrama, Rahmatlah yang banyak membantuku dari segi arahan dan tugasan. Kami berdua saling tolong-menolong. Yelah, sewaktu di asrama dia sering membantuku dan sewaktu di sekolah aku pula yang membantunya. Malahan aku memegang jawatan sebagai pengawas sekolah juga. Ada juga sahabat-sahabatku yang lain membantuku seperti Basit, dan Faizal. Tetapi yang paling banyak membantuku untuk memimpin adalah Rahmat.
Setelah aku tamat persekolahan, cikgu-cikgu banyak yang mengucapkan terima kasih kepada kerana menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Paling aku tak boleh lupa ialah ustaz Hafiz, beliau juga warden asrama ketika itu. Dia berkata kepadaku dia suka bekerjasama dengan aku memimpin pelajar asrama. Ayat dia macam ni "Fikri, saya sukalah berkerja dengan awak. Awak bagus."
Saya agak terkejut juga warden asrama berkata begitu kepadaku, masakan aku tidak berpengalaman menjadi pemimpin sebelum ini. Akhirnya aku tersenyum lebar dan teringat dalam ayat Quran mengatakan Allah mencipta manusia di muka bumi ini untuk memimpin serta bertanggungjawab di atas kepimpinannya.
Sekolah Agama Maahad Al-Ummah yang banyak mematangkan aku menjadi insan sejati serta menjadi pemimpin yang berwibawa. Aku terhutang budi kepada sekolahku. Kita diciptakan oleh Allah untuk memimpin dan sebagai lelaki aku rasa bagus juga aku dilantik kerana itu merupakan asas kepada diri kita nanti untuk berbakti kepada masyarakat serta menjadi ketua keluarga suatu hari nanti. INSYAALLAH!!!!
Sewaktu menjadi Ketua Asrama banyak pengalaman yang dilalui olehku seperti menjaga budak histeria, diikuti oleh makhluk halus, serta menjalankan aktiviti-aktiviti dikalangan pelajar asrama. Semua perkara tersebut bagiku sudah menjadi asam garam bagiku di alam dunia ini. Menjadi imam kepada sahabat-sahabat serta juniorku serta memberi kuliah kepada mereka merupakan tanggungjawabku sebagai seorang pemimpin dan muslim. Moga-moga hidup kita diberkati olehnya. INSYAALLAH!!!
Sekarang aku sudah memasuki alam Universiti. Kadang-kadang ada juga sahabat-sahabatku serta juniorku yang menyatakan rindu kepadaku. Yelah, dah lama tak melawat ke sekolah katakan. Faktor jarak dan masa yang memisahkan aku untuk bertemu mereka. Harap-harap nanti dapatlah jumpa mereka.
Nasihatku kepada sahabat-sahabat yang melawati blog ini ialah belum cuba belum tahu. Try dulu. Perkara-perkara ini semua mematangkan kita apabila kita besar nanti. Ia penting apabila kita hidup bermasyarakat kelak. Lagi satu jangan rasa takut dalam diri, paling penting ingat Maha Pencipa. Apapun "try your best." Jangan tinggal solat ye........

0 comments:
Post a Comment