Apa yang penting sekarang ini, aku sudah berada di dalam semester 5. Alhamdulillah buat masa ni tiada subjek yang aku kene repeat. Sume pointer aku dari sem 1 hingga sekarang masih kekal atas 3 walaupun hatiku berkata tidak seberapa bagus seperti sahabatku yang lain.
Tp pesan mak aku, bersyukur apa yang kita dapat. Bahkan ada yang lebih teruk daripada aku. Bilaku fikir sejenak, betul juga apa yang diperkatakan mak aku. Ada lagi sahabatku yang lagi teruk daripada aku.
Aku juga teringat akan jiran sederet rumahku. Mak dan ayahnya hantar anaknya belajar di politeknik tetapi rupa-rupanya dia lari dari tempat belajar dan duduk di rumah sepupunya. Adakah mereka tidak ingin membalas jasa ibu bapa mereka?? Adakah mereka tidak mahu hidup yang sempurna apabila berumah tangga kelak?? Agaknya ke manakah pergi akal fikiran mereka kan??
Sahabat-sahabatku yang lain ada yang sudah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mereka semua hebat-hebat belaka. Kadang-kadang hati ini terasa terkilan juga dengan diri ini kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara bersama teman-teman yang lain. Tapi apakan daya, kita hanya mampu belajar di dalam negara sahaja disebabkan tahap kepandaian kita tidaklah sehebat mana.
Aku teringat akan pesan ayahku, belajar rajin-rajin. Kalau boleh abah nak hakim belajar kat luar negara (London) suatu hari nanti. Tapi hati aku sedih bercampur duka kerana adakah aku mampu untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara sedangkan pelajaranku tidaklah sehebat mana.
Mulai saat ini akanku tekadkan dalam diriku ini bahawa jika temanku yang lain boleh mengapa aku tidak boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mak dan abah akanku cuba sedaya upaya dalam diriku untuk berjaya. INSYAALLAH!!!
Kadang-kadang setiap malam aku duduk di hampar sejadah sambil menitiskan air mata bahawa kita dicipta oleh Allah S.W.T untuk berjuang ke titisan darah terakhir. Bila difikirkan sejenak, buat apa kita nak berputus asa sedangkan hidup kita ini hanya sebentar. Teruskanlah usahamu sampai ke liang lahad.
Ya Allah!! Kenapa ramai sangat manusia di dunia ini yang cepat berputus asa sedangkan mereka juga boleh lakukan yang terbaik kepada diri mereka?? Banyak temanku yang lain sudah berputus asa dengan diri mereka serta tidak memikirkan apa yang terbaik untuk diri mereka.


0 comments:
Post a Comment