
Soalan ini ditanya oleh seorang remaja kepada ustaznya:-
Adakah dosa-dosa yang menghalang seseorang memasuki syurga? Apa pandangan Islam mengenai perogol dan pembunuh, adakah mereka boleh diselamatkan?
Jawapan ustaz:-
Di dalam surah Az-Zumar: 53, Allah S.W.T. berfirman: "Katakanlah: 'Hai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Semua jenis dosa adalaha diampunkan di dalam Islam sekiranya seseorang benar-benar bertaubat kepada Allah S.W.T. Syarat-syarat taubat adalah:
1. Menginsafi dosa-dosa yang telah dilakukan. 2. Bertekad tidak akan melakukan dosa yang sama lagi. 3. Mengembalikan hak orang lain sekiranya doa yang dilakukan berkaitan dengan orang itu.
Sekiranya yang melakukan perkara dosa tidak bertaubat dan meninggal dunia, maka terpulanglah kepada Allah S.W.T. untuk mengampunkan dosa--dosa orang itu atau menghukumnya. Dosa yang tidak diampunkan Allah jika seseorang itu menunggal dunia tanpa bertaubat ialah dosa syirik atau menyekutukan-Nya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain daripada (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." Perogol dan pembunuh tidak terpinggir daripada rahmat Tuhan sekiranya mereka bertaubat dengan ikhlas dan memenuhi syarat-syarat dia atas. Islam menjanjikan, segala perbuatan jahat yang dilakukan akan digantikan dengan amal kebajikan jika mereka bertaubat dna kembali kepada Allah. Firman-Nya: "Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab ini, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Furqan:68-70).
Tuesday, October 20, 2009
Dosa perogol dan pembunuh
Posted by Harry Hakim at 6:01 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment