Di dalam hidup saya ada satu perkara yang merunsingkan saya. Iaitu masalah sosial yang melanda umat Islam di Malaysia. Saya dapat melihat di sini bahawa banyak perempuan yang telah rosak serta manusia yang beragama Islam sendiri yang melakukan maksiat.
Bagaimanakah cara untuk mencegah serta mengubati mereka yang telah terjebak dengan gejala sosial ini. Aku runsing melihat saudara seIslamku melakukuan maksiat di sana sini. Aku merupakan seorang penuntut di salah sebuah universiti. Aku melihat mereka duduk berdua-duaan di tempat gelap serta berjalan berpengangan tangan tanpa ada perasaan malu pun.
Di manakah sifat malu di dalam di mereka. Bila disuruh kehadapan mereka malu.Disuruh untuk membentangkan kertas kerja.Malu!!! Tetapi bila melakukan maksiat mereka tidak tahu malu. Malah perempuan sekarang tidak tahu asal usul mereka sebenarnya.
Sewaktu zaman Jahilliyah perempuan merupakan alat pemuas nafsu lelaki serta dijadikan barang permainan. Tetapi dengan adanya kelahiran Nabi Muhammad S.W.T perempuan telah dinaikkan darjat supaya mereka lebih dihormati oleh kaum lelaki.
Adakah mereka tidak tahu sejarah? Atau adakah mereka tahu kisah tersebut tetapi mereka tidak ambil kisah? Di manakah hati dan perasaan seorang perempuan? Adakah mereka telah lupa diri? Sekarang ini susah untuk mencari wanita seperti Siti Fatimah, Aisyah, Siti Khadijah dan lain-lain. Mereka inillah yang telah membuat perubahan pada dunia wanita. Ya Allah!!! Bantulah hambamu ini untuk mencari perempuan yang benar-benar patuh padaMu ya Allah!!!
Sekadar perkongsian dari penulis.......
Sama-samalah kita menjaga diri kita supaya hidup diberkati serta diredhai oleh Allah S.W.T
Amin.......

0 comments:
Post a Comment