BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 27, 2009

"KEISTIMEWAAN ORANG YANG MEMBACA AL-QURAN"

Assalamualaikum......
Pertama sekali, sy memanjatkan kesyukuran kpd Allah S.W.T kerana telah memberikan masa kepada sy untuk saling ingat-mengingati antara satu sama lain.

Kadang-kadang kita sebagai seorang muslim terlepas pandang untuk membaca Al-Quran. Al-Quran merupakan penyuluh kepada seorang muslim. Di sini saya ingin memberitahu serba sedikit keistimewaan orang yang membaca Al-Quran. Tapi, sebelum itu saya ingin menasihati anda bacalah Al-Quran sehari sekali kerana Al-Quran itu menenangkan jiwa.

Bagi yang tidak reti membaca Al-Quran amatlah rugi kerana membaca Al-Quran dapat meningkatkan amalan dan seterusnya orang yang pandai membaca Al-Quran amat "genius".

Baiklah, di sini saya sertakan serba sedikit keistimewaan orang yang membaca Al-Quran:

1. Di dunia

Mereka sentiasa dengan pembacaan Al-Quran dan mereka adalah manusia yang terpilih, diangkat oleh Allah S.W.T. darjatnya setinggi-tinggi darjat.

2. Peribadinya

Memperolehi ketenangan dengan cahaya Allah S.W.T. dan sentiasa mendengar dan mentaati perintah Allah S.W.T serta meninggalkan setiap yang dilarang daripada Al-Quran dengan hati terbuka.

3. Hatinya

Bersih lagi suci dan tidak berkarat selamanya.

4. Rumahnya

Dilihat oleh penduduk di langit seperti mana penduduk bumi melihat bintang-bintang, rumahnya dipenuhi cahaya yang meliputi keluarganya, banyak kebaikan di dalamnya, para malaikat hadir dan syaitan-syaitan lari keluar dari rumahnya.

5. Pahalanya

Setiap satu huruf bacaanya sama dengan 10 kebaikan (pahala), dikurniakan kepadanya ketenangan, dilimpahi rahmat ke atasnya, dan para malaikat memayunginya. Doanya dimakbulkan ketika tamat bacaanya. Dia diumpamakan seperti buah epal, wangi baunya dan sedap rasanya.

6. Hari kiamat

Al-Quran akan menjadi syafaat untuknya, dia akan bersama-sama para malaikat, diangkat darjatnya ke syurga, peringkat demi peringkat.

0 comments: