Assalamualaikum......
Pertama sekali, sy memanjatkan kesyukuran kpd Allah S.W.T kerana telah memberikan masa kepada sy untuk saling ingat-mengingati antara satu sama lain.
Kadang-kadang kita sebagai seorang muslim terlepas pandang untuk membaca Al-Quran. Al-Quran merupakan penyuluh kepada seorang muslim. Di sini saya ingin memberitahu serba sedikit keistimewaan orang yang membaca Al-Quran. Tapi, sebelum itu saya ingin menasihati anda bacalah Al-Quran sehari sekali kerana Al-Quran itu menenangkan jiwa.
Bagi yang tidak reti membaca Al-Quran amatlah rugi kerana membaca Al-Quran dapat meningkatkan amalan dan seterusnya orang yang pandai membaca Al-Quran amat "genius".
Baiklah, di sini saya sertakan serba sedikit keistimewaan orang yang membaca Al-Quran:
1. Di dunia
Mereka sentiasa dengan pembacaan Al-Quran dan mereka adalah manusia yang terpilih, diangkat oleh Allah S.W.T. darjatnya setinggi-tinggi darjat.
2. Peribadinya
Memperolehi ketenangan dengan cahaya Allah S.W.T. dan sentiasa mendengar dan mentaati perintah Allah S.W.T serta meninggalkan setiap yang dilarang daripada Al-Quran dengan hati terbuka.
3. Hatinya
Bersih lagi suci dan tidak berkarat selamanya.
4. Rumahnya
Dilihat oleh penduduk di langit seperti mana penduduk bumi melihat bintang-bintang, rumahnya dipenuhi cahaya yang meliputi keluarganya, banyak kebaikan di dalamnya, para malaikat hadir dan syaitan-syaitan lari keluar dari rumahnya.
5. Pahalanya
Setiap satu huruf bacaanya sama dengan 10 kebaikan (pahala), dikurniakan kepadanya ketenangan, dilimpahi rahmat ke atasnya, dan para malaikat memayunginya. Doanya dimakbulkan ketika tamat bacaanya. Dia diumpamakan seperti buah epal, wangi baunya dan sedap rasanya.
6. Hari kiamat
Al-Quran akan menjadi syafaat untuknya, dia akan bersama-sama para malaikat, diangkat darjatnya ke syurga, peringkat demi peringkat.
Tuesday, October 27, 2009
"KEISTIMEWAAN ORANG YANG MEMBACA AL-QURAN"
Posted by Harry Hakim at 6:30 AM 0 comments
Tuesday, October 20, 2009
Dosa perogol dan pembunuh

Soalan ini ditanya oleh seorang remaja kepada ustaznya:-
Adakah dosa-dosa yang menghalang seseorang memasuki syurga? Apa pandangan Islam mengenai perogol dan pembunuh, adakah mereka boleh diselamatkan?
Jawapan ustaz:-
Di dalam surah Az-Zumar: 53, Allah S.W.T. berfirman: "Katakanlah: 'Hai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Semua jenis dosa adalaha diampunkan di dalam Islam sekiranya seseorang benar-benar bertaubat kepada Allah S.W.T. Syarat-syarat taubat adalah:
1. Menginsafi dosa-dosa yang telah dilakukan. 2. Bertekad tidak akan melakukan dosa yang sama lagi. 3. Mengembalikan hak orang lain sekiranya doa yang dilakukan berkaitan dengan orang itu.
Sekiranya yang melakukan perkara dosa tidak bertaubat dan meninggal dunia, maka terpulanglah kepada Allah S.W.T. untuk mengampunkan dosa--dosa orang itu atau menghukumnya. Dosa yang tidak diampunkan Allah jika seseorang itu menunggal dunia tanpa bertaubat ialah dosa syirik atau menyekutukan-Nya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain daripada (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." Perogol dan pembunuh tidak terpinggir daripada rahmat Tuhan sekiranya mereka bertaubat dengan ikhlas dan memenuhi syarat-syarat dia atas. Islam menjanjikan, segala perbuatan jahat yang dilakukan akan digantikan dengan amal kebajikan jika mereka bertaubat dna kembali kepada Allah. Firman-Nya: "Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab ini, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Furqan:68-70).
Posted by Harry Hakim at 6:01 AM 0 comments
Friday, October 9, 2009
"SEKSAAN MENINGGALKAN SOLAT"
Ape khabar semua? Mungkin anda tertanya-tanya mengapa blog saya sejak akhir-akhir ini tidak update?? Sebenarnya saya sungguh sibuk dengan bebanan kerja dan tanggungjawab serta ditambah dengan demam yg berpanjangan. Insyaallah, kali ini saya akan meneruskan penulisan saya walaupun tidak berapa sihat.
Baiklah......
Allah S.W.T berfirman:
Dalam riwayat At-Thabrani, "Siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia kafir nyata."
Rasullullah SAW bersabda:
"Amal yang mula-mula yang ditanyakan pada hamba pada hari Kiamat adalah solatnya. Jika solatnya baik, sungguh beruntung dan selamatlah dia. Jika solatnya tidak dijaga, sungguh rugilah dia."
"Maka celakalah (seksalah) bagi orang tersebut kerana mereka itu lalai menjaga sembahyangnya."
Jadi sahabat-sahabatku sekalian.......Ape tunggu lagi????
Jadi teruskan amalan anda supaya hidup kita diredhai-Nya......
Insyaalllah.....Moga kita semua tergolong dalam umat yang sentiasa mendapat rahmat-Nya.....
Posted by Harry Hakim at 8:50 PM 0 comments

