
Sedarlah wanita kecantikan mu......
Adalah amanah dari Allah....
Perlu dipelihara....
Tak terukur nilainya....
Bukannya untuk dipamerkan....
Pakailah bersopan dan tutup aurat....
Bertudung labuh ke paras dada....
Itu perintah Allah...
Dalam kitab Al-Quran...
Jangan sekali di abaikan....
Puji - pujian terhadap dirimu....
Janganlah menyebabkan keras hatimu....
Sanggup engkar suruhan Allah...
Yang tentu akan mengundang kemurkaan....
Sengsara derita di hari muka....
sedarlah!! dengarlah!! hai WANITA....
Wajahmu masih ayu....
Di sebalik tudungmu....
berseri!!! bersinar!!! bercahaya!!!...............
..
Tuesday, August 24, 2010
"SEDARLAH WANITA"
Posted by Harry Hakim at 1:04 AM 0 comments
Monday, August 23, 2010
Adakah HARTA adalah segalanya....Ikutilah Kisah Ini...

Haji Reza dan Hajjah Ani telah mendirikan rumahtangga selama 10 tahun. Pada pertengahan perkahwinan, Hajjah Ani menjawat jawatan Pengurus Besar dan mendapat gaji RM 10,000 sebulan. Haji Reza telah mendapat manfaat dari rezeki isterinya dan Hajjah Ani telah menguruskan kesemua bayaran keperluan rumahtangga dan anak-anak.
Malangnya, krjaya Hajjah Ani tidak berpanjangan dan beliau menceburi bidang bisnes bersama rakan-rakan. Bisnees tidaklah mendatangkan keuntungan dan Hajjah ani tidak mendapat sebarang gaji dari 'pelaburannya'. Yang paling menyedihkan ialah suaminya masih beranggapan bahawa Hajjah Ani mempunyai wang dan boleh menampung keperluan rumahtangga.
Hajjah Ani telah membuat pengaduan kepada Pejabat Agama untuk mencari jalan penyelesaian. Akhirnya, Haji Reza dipanggil dan diberi penerangan panjang lebar tentang tanggungjawab suami seperti menyediakan belanja yang secukupnya untuk isteri.
Antara punca utama penceraian ialah masalah kewangan. Dalam kes ini Haji Reza lebih bersikap lepas tangan. Sering juga penceraian berlaku disebabkan sikap boros suami atau isteri ataupun kedua-duanya sekali.
Inilah kisah sedih kehidupan WANG dan HARTA yang sepatutnya menjadi perantara untuk mencapai kebahagiaan hidup telah menjadi puca masalah pergeseran suami isteri. Hari demi hari terhakislah kasih sayang, kepercayaan dan rasa ehsan antara satu sama lain.
Posted by Harry Hakim at 9:00 AM 0 comments
Friday, August 20, 2010
BUANG ANAK, DIMANAKAH AKAL DAN AKHLAKNYA???

Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala . Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai , hancur maruah dan binasa tamadun .
Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya. Bermula dengan pergaulan bebas , pil ectasy , dadah , arak , pusat pelacuran , filem porno , laman lucah dan sebagainya sehinggalah sekatan ke atas majlis agama , sekolah agama rakyat [ SAR ] , mengurangkan sukatan pengajian Islam di pusat pengajian tinggi , mengambil tindakan ke atas khatib yang tidak bertauliah telah menyuburkan mungkar dan maksiat yang sedang berleluasa ini .
Saya memerhatikan sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui . Jika bulan julai , august dan september ini bulan menetas ertinya bulan december sebelumnya adalah musim mengawan . Dalam bahasa mudah , jika bulan julai , august dan september ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan december sebelumnya adalah bulan berzina . [ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]
Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 january dan sambutan itu akan rayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya . Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin .
Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas . Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada - dada akhbar yang saya yakin akan berkurang sedikit selepas september nanti .
SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .
JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .
KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .
KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.
GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.
TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .
TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .
MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .
PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.Saya berharap kerajaan serta pihak bertanggungjawab agar dapat mengambil tindakan dengan segera (sekarang)!! Kerana masalah ini akan berleluasa jika tiada tindakan yang diambil.
Sekat segala pornografi kepada remaja-remaja di internet, iklan yang mendedahkan aurat, serta perbanyakkan ilmu dan ceramah agama di TV3 dan kurangkan segala iklan, konsert yang tidak berfaedah terloncat-loncat seperti monyet digigit kerengga.
Sebab apa saya katakan pada TV3, kerana channel ini mendapat perhatian penonton yang ramai. Oleh itu, saya tekankan di sini sekali lagi, perbanyakkan ceramah agama, zikrullah, dan apa-apa program berlandaskan Islam (msti banyak). Justeru, kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab memainkan peranan penting untuk membangunkan semula moral anak-anak muda zaman sekarang yang telah jatuh ke lembah kehinaan.
Posted by Harry Hakim at 6:18 PM 0 comments
SOSIAL NEGARA SEMAKIN MEMBIMBANGKAN
1. Setiap jam, setiap minit, setiap saat seringkali kita mendengar dan melihat akan kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi. Sekarang ini, kita seperti berada di zaman Jahiliah iaitu zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.W.T. dimana kafir Quraisy ini mengamalkan tabiat minum arak, berjudi, menganggap wanita tiada nilainya, dan sering bergaduh antara satu sama lain. Baiklah, di sini saya ingin tekankan bahawa Malam Sambutan Tahun Baru , Hari Kekasih dan Malam Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan negara sebagai antara detik mulanya episod kejam ini iaitu buang bayi .
2.Detik - detik perayaan dan sambutan yang diraikan ala barat secara tidak terkawal pada perayaan Tahun Baru , Hari kekasih dan Ulangtahun Kemerdekaan tersebut tidak boleh dinafikan bahawa ia adalah antara penyumbang besar kepada berlakunya penyelewengan sosial dan akhirnya terjerumus dalam kancah penzinaan .
3. Antara faktornya ialah hadhir dari satu kepincangan sistem yang kini sukar dibaiki setelah ianya jauh menyeleweng dari jalan Allah swt. kecuali menukar sistem dan peraturan yang melibatkan cara hidup agar melandasi syariat dan pedoman Rabbani [ wahyu Allah ]
4. Antara faktor - faktor lain seperti :
- Lambakan filem dan bahan lucah dipasaran
- Laman - laman lucah di intenet tanpa sekatan
- Kurangnya didikan agama atau moral yang berkesan
- Keretakan hubungan keluarga dan rumahtangga
- Pergaulan bebas dan hidup liar tanpa tanggungjawab
- Budaya Hedonisme dan bebas agama
a] Sambutan Malam Tahun Baru .
- Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang - undang Syariah jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Badarudin Ahmad Bustami berkata pihaknya kesal kerana gadis pada usia 16 sanggup menggadaikan maruah dengan mengadakan hubungan seks bersama 5 remaja lelaki lepasan SPM ketika menyambut malam Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Besar Kuantan Pahang .
- Seorang penyampai berita swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah bagi meraikan kedatangan Tahun Baru di sebuah bilik hotel di Jalan P Ramlee di ibu negara . Operasi tersebut diketuai oleh Asisten Superintendan Mahani Ahmad dari Bahagian D7 cawangan maksiat , judi dan kongsi gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur .
- Lebih 300 remaja yang melakukan kegiatan tidak senonoh dengan pasangan masing - masing di tahan dan dibawa ke masjid Asy Syakirin berhampiran Menara Berkembar KLCC untuk menjalani sessi kaunseling dan motiasi dalam Ops Hijrah 2008 pada malam sambutan Tahun Baru .
- Pesta seks besar - besaran di tepi pantai di Johor Bharu bagi menyambut Tahun Baru . Syarat dikenakan ialah lelaki tidak dibenarkan memakai seluar dalam manakala wanita perlu memakai G-String dan sedia membukanya selepas tengah malam bagi meraikan sambutan Tahun Baru.
- Bagai menjadi satu trend remaja sekarang ! demikianlah kata Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Ghazali Abdul Aziz selepas berjaya menangkap 56 remaja berkhalwat di bilik - bilik hotel sekitar bandar Kuantan sempena sambutan tahun Baru .
- Mat Zahari Ali pengunjung di Bukit Bintang memberitahu Harakah ketika ditemui pada malam sambutan Tahun Baru bahawa sambutan pada malam itu sangat menjijikkan apabila beribu - ribu pengunjung yang datang ke situ dapat menyaksikan satu tarian wanita separuh bogel di Yegas Club berhampiran Times Square pada jam 11 malam . Mereka menari dan melalak seperti hilang aqal setelah meminum arak dan berhibur secara keterlaluan . Jijik dan lucah . Sementara itu Ketua Pemuda DAP [2004] Teng Chan Kim berkata : "Malaysia sepatutnya sudah meninggalkan budaya menyambut hari besar dengan hiburan semata - mata" .
- Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja [KEWAJA] Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu lupa diri ketika menyambut Hari memperingati Kekasih. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam kemudian mengambil pil khayal sehingga mereka berzina lalu hamil .
- Pengarah Kem Modal Insan KEWAJA Yahaya Mohamed Yusof yang telah mengendalikan 3000 kes mengandung luar nikah sejak 1998 berkata : Kira - kira 50 peratus daripada mereka adalah pelajar sekolah menengah atas dan IPT dan diakui bahawa setiap kali tiba musim perayaan [sambutan], kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu .
- Baru - baru ini satu lagi kecelakaan sempena sambutan hari kekasih , apabila satu kempen "No Panties" sempena sambutan Hari kekasih dilancarkan dalam negara kita . Untuk apa sambut Hari Kekasih tanpa seluar dalam ni ? kalau tidak merancang untuk melakukan maksiat !
Posted by Harry Hakim at 12:13 AM 0 comments

