BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 1, 2010

"Bertambahnya Manusia Derhaka di akhir zaman"

Salam kepada semua yang mengikuti perkembangan blog saya. Alhamdulillah di sini saya ingin berkongsi beberapa isu yang sedang melanda umat manusia ketika ini. Sejak akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan akhbar-akhbar di berita muka hadapan menceritakan tentang seorang anak derhaka terhadap kedua ibu bapa mereka. Antara tajuk terpampang di dada akhbar adalah "Anak tinggalkan bapa di tepi jalan" dan "Anak tidak mengaku mak".

MASYAALLAH!!!!!

Bila kita melihat tajuk akhbar tersebut saya mendapati ke manakah sifat kasih sayang mereka dan di manakah letaknya tanggungjawab mereka sebagai seorang anak??? Penulis berasa sedih dan kecewa layanan mereka terhadap kedua ibu bapa. Tanpa kedua ibu bapa, anak-anak tidak akan dapat melihat dan mengenal dunia. Anak-anak tidak akan dapat berjalan dengan sempurna!!

Kalau begitu........mengapa begitu SOMBONG terhadap kedua ibu bapa......

Ya Allah........apalah perasaan orang tua mereka jika anak-anak bersikap biadap terhadap mereka.....seorang ibu dan ayah mengharapkan anak kejayaan anak mereka tapi pabila telah berjaya ibu dan ayah ditinggalkan "seperti besi buruk yang tidak berguna".

Hati kering dan hilangnya cahaya keimanan dan ketaqwaan dalam diri adalah punca segalanya......jika dihuraikan banyak kekurangan amalan si anak ini terhadap diri mereka sendiri......dengan mencari kesenangan dunia sehingga melupakan akhirat adalah punca segala kerosakan JIWA........


JIWA.......perlu diisi dengan rohaniah iaitu aktiviti dalaman seperti membaca Al-Quran, berzikir, selalu berdamping dengan masyarakat seperti alim ulama dan ustaz, mendengar ceramah agama serta aktiviti-aktiviti yang berfaedah (dalaman)......


Dengan itu JIWA dan AKAL akan bertindak dengan sempurna berlandaskan syariat Islam.....